Saturday, 2 August 2014




 Jenis-Jenis Lesen


1) Learning Driving License (LDL) / Lesen Belajar Memandu
  • Membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta atau motosikal yang mempamerkan stiker 'L'.
  • Bagi pemegang lesen 'L' motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng.
  • Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun.Selepas tempoh 2 tahun tamat, pemegang lesen 'L' perlu mengulangi prosedur pelajaran memandu semula
2) Probationary Driver's License (PDL) / Lesen Memandu Percubaan
  • Pemandu percubaan diwajibkan melekatkan stiker 'P' pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan 
  • Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten (CDL) selepas 2 tahun.
3) Competent Driver's License (CDL) / Lesen Memandu Kompeten 
  • Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1,2,3 dan 5 tahun
  •  Stiker 'P' tidak lagi wajib dilekatkan pada kenderaan.
4) Public Service Vehicle (PSV) / Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam 
Pemohon memiliki lesen CDL 
  • Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon. 
    • Contoh kenderaan : Bas, teksi, kereta sewa
5) Goods Driver's License (GDL) / Lesen Kenderaan Barangan
  • Pemohon memiliki lesen CDL   
  • Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon.
    •  Contoh kenderaan : Lori
6) International Driving Permit (IDP) / Permit Memandu Antarabangsa 
  • Pemegang permit memiliki lesen CDL 
  • Membolehkan pemandu Malaysia memandu di mana jua di dunia

No comments:

Post a Comment